Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah Melalui Permainan Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas: Teaching and Learning Innovation Through Games Among …

MSAM Sharif, MF Kamarudin… - AL-MAQASID: The …, 2022 - almaqasid.my
AL-MAQASID: The International Journal of Maqasid Studies and Advanced …, 2022almaqasid.my
Kajian ini membincangkan tentang Pengajaran Dan Pembelajaran sirah menggunakan
kaedah permainan dalam kalangan pelajar pintar cerdas di Pusat GENIUS@ Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Literatur kajian yang lepas menunjukkan bahawa
pendekatan pembelajaran sirah melalui kaedah permainan penting untuk diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah, namun kajian di
Malaysia mendapati bahawa masih ramai guru belum menekankan pendekatan ini di dalam …
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang Pengajaran Dan Pembelajaran sirah menggunakan kaedah permainan dalam kalangan pelajar pintar cerdas di Pusat GENIUS@ Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Literatur kajian yang lepas menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran sirah melalui kaedah permainan penting untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah, namun kajian di Malaysia mendapati bahawa masih ramai guru belum menekankan pendekatan ini di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai objektif kajian ini, kajian dilakukan melalui kaedah kajian tinjauan menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, iaitu demografi pelajar dan tahap persepsi dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan kaedah permainan sirah sebagai instrumen kajian utama bagi melihat tahap persepsi dan penerimaan pelajar pintar cerdas terhadap kaedah permainan dalam pembelajaran sirah. Responden yang terlibat terdiri daripada 79 orang pelajar tingkatan tiga dan tingkatan empat di Kolej GENIUS@ pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil subjek Pendidikan Islam. Analisis secara deskriptif digunakan untuk menganalisis persepsi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi dan penerimaan pelajar terhadap kaedah permainan adalah sangat positif dan mendapat interpretasi yang tinggi di dalam semua item yang telah ditanya kepada pelajar. Hasil kajian membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran sirah melalui kaedah permainan dapat membuatkan pelajar mengingati fakta-fakta dalam topik yang diajar dengan mudah, membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam topik yang dipelajari, meningkatkan motivasi untuk belajar, meningkatkan minat terhadap subjek Pendidikan Islam, topik-topik dalam Pendidikan Islam mudah difahami, dan memantapkan pemahaman dalam topik sirah Pendidikan Islam.
almaqasid.my
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果