[PDF][PDF] Kepuasan dan kesetiaan pelancong domestik terhadap destinasi pelancongan Pulau Kapas

NHM Salleh, T Sarmidi, R Othman, AH Jaafar… - Journal of Tropical …, 2011 - core.ac.uk
Journal of Tropical Marine Ecosystem, 2011core.ac.uk
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepuasan dan kesetiaan pelancong terhadap
destinasi pelancongan di Taman Laut Pulau Kapas. Ukuran kepuasan adalah berasaskan
analisis min bagi min jangkaan dan min persepsi (sebenar) pelancong yang berkunjung di
pulau tersebut. Perbezaan antara nilai min ini menunjukkan nilai gap. Analisis jurang ini
dilakukan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang kepuasan pelancong. Hasil
analisis jurang akan melihat sama ada semua jangkaan pelancong dapat dipenuhi atau …
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepuasan dan kesetiaan pelancong terhadap destinasi pelancongan di Taman Laut Pulau Kapas. Ukuran kepuasan adalah berasaskan analisis min bagi min jangkaan dan min persepsi (sebenar) pelancong yang berkunjung di pulau tersebut. Perbezaan antara nilai min ini menunjukkan nilai gap. Analisis jurang ini dilakukan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang kepuasan pelancong. Hasil analisis jurang akan melihat sama ada semua jangkaan pelancong dapat dipenuhi atau tidak. Sekiranya tiada perbezaan ini bermakna pelancong mencapai kepuasan yang dijangka dari lawatannya, namun, jika wujud perbezaan perlu dipastikan lawatannya itu sama ada ada memenuhi kepuasan pelancong atau sebaliknya. Hasil kajian menunjukkan kesemua pelancong merasakan kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min persepsi antara 3.72-4.87 yang lebih tinggi daripada nilai min purata 2.5. Namun, wujud perbezaan antara nilai min tersebut sama ada melalui analisis gap mahupun ujian t berpasangan. Analisis jurang mendapati nilai min kebanyakan kualiti perkhidmatan adalah negatif bagi kesemua atribut. Nilai t juga didapati signifikan yang menunjukkan terdapat perbezaan antara kepuasan yang dijangka dan persepsi. Walau bagaimanapun, tingkat kepuasan pelancong masih lagi tinggi kerana nilai min persepsi mereka melepasi nilai min persepsi purata. Sementara dari segi tahap kesetiaan yang diukur menggunakan pemboleh ubah lawatan ulangan dan cadangan kepada bakal pelawat adalah tinggi iaitu masing-masing 78 dan 85 peratus bersetuju untuk berbuat sedemikian.
core.ac.uk
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果