[PDF][PDF] Tahap kemahiran berfikir dalam kalangan guru sekolah rendah

O Rosma, ET Ong, D Shakinaz… - Jurnal Pendidikan Bitara …, 2012 - ejournal.upsi.edu.my
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 2012ejournal.upsi.edu.my
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji proses berfikir dalam kalangan guru yang
mengajar mata pelajaran tertentu di sekolah rendah di Rawang, Selangor. Reka bentuk
penyelidikan adalah kajian korelasi deskriptif dan data dihimpun dengan menggunakan
soal selidik. Kajian ini mengguna kaedah tinjauan yang menggunakan teknik persampelan
rawak untuk memilih 48 guru. Kadar respons adalah 100%(48). Kedua-dua perangkaan
deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian …
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji proses berfikir dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran tertentu di sekolah rendah di Rawang, Selangor. Reka bentuk penyelidikan adalah kajian korelasi deskriptif dan data dihimpun dengan menggunakan soal selidik. Kajian ini mengguna kaedah tinjauan yang menggunakan teknik persampelan rawak untuk memilih 48 guru. Kadar respons adalah 100%(48). Kedua-dua perangkaan deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses berfikir dalam pengajaran kurikulum oleh hampir dua pertiga jumlah guru adalah rendah. Hampir satu pertiga guru berada di tahap sederhana dan guru yang menggunakan kemahiran berfikir dalam pengajaran kurikulum pada tahap tinggi adalah sangat minima. Dapatan juga menunjukkan bahawa skor min guru Sains dan guru Matematik adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam proses berfikir. Kecenderungan guru berfikir secara kritis merupakan faktor signifikan dalam proses berfikir dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran tertentu. Kajian ini mencadangkan supaya pembuat dasar mencari cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap komitmen guru dan menekankan tujuan murni secara eksplisit dalam objektif pengajaran. Akhir sekali, dikemukakan juga cadangan lain untuk amalan dan penyelidikan selanjutnya.
ejournal.upsi.edu.my
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果